Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Tetak buluh panjang sepuluh,
     Nak menjolok sarang tempua;
Janganlah adik suruh-menyuruh,
     Biarlah pandai kita berdua.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Yang disuruh tenggelam,
     yang menyuruh pun tenggelam.

Bermaksud :

Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perap[p«.ÒAp]kata kerjamenyuruh melakukan sesuatu secara berulang-ulangTok dok perap cucu ni saja jaga dia pada hai cucu laen ramai lagi.[to/ do/ p«.ÒAp tSu.tSu ni sA.dZA dZA.gA di.jA pA.dA hAj tSu.tSu lAen ÒA.mAj lA.gi]Nenek asyik menyuruh cucu ini sahaja menjaganya padahal cucu lain ramai lagi.
jejai[dZ«.dZAj]kata kerjamenyuruh seseorang makan pada masa dan ketika itu juga.Jejai cepat, baih dah nak mai.[dZ«.dZAj tS«.pAt bAC dA/ nA/ mAj]Makan cepat, bas sudah hendak datang.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
lebai seron[l«.bAj sE.Òon] gelaran yang diberikan kepada budak-budak yang ke masjid atau surau bukan untuk sembahyang tetapi untuk tujuan lain (contohnya main, makan, dan lain-lain)Tok siak suroh lebai seron idang kue lepaih baca Yasin.[to/ si.jA/ su.Òoh l«.bAj sE.Òon i.dAN kue l«.pAC bA.tSA jA.sin]Tok siak menyuruh budak-budak tidak sembahyang menghidangkan kuih selepas bacaan Yasin.
bebuih-buih mulot[b«.buC.b«.buC mu.lot] berkenaan seseorang yang berulang kali memberi nasihat kepada seseorang tetapi tidak dihiraukan; bebuih mulot.Bebuih-buih mulot cek gu suroh budak-budak hapai kali-kali, tapi depa buat nin.[b«.buC.b«.buC mulot tSE/ gu su.Òoh bu.dA/.bu.dA/ hA.pAj kA.li.kA.li tA.pi dE.pA bu.wAt nin]Berulang kali guru menyuruh budak-budak menghafal sifir, tetapi mereka tidak mengindahkannya.

Kembali ke atas