Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. mematikan hujah seseorangDalam mesyorat sat gi hang jangan tinaih dia pasai dia tu cepat merajok.[dA.lAm m«.S.ÒAt sAt gi hAN dZA.NAn ti.nAC di.jA pA.sAj di.jAtu tS«.pAt m«.ÒA.dZo]Dalam mesyuarat nanti kamu jangan mematikan hujahnya sebab dia itu cepat merajuk.
rempang II[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bercakap lepas atau bercakap banyak dan tidak menghormati orang lain atau majlisDia ni jeneh rempang, dalam mesyorat ada D.O pon dia tak heran.[di.jA ni dZ«.nEh Ò«m.pAN dA.lAm m«.S.ÒAt A.dA di.o pon di.jA tA hE.ÒAn]Dia ini suka cakap lepas, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Daerah pun dia tidak hairan.
bedak[bE.dA/]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bebedak.Malam ni ada mesyorat dekat rumah kenuri pasai nak bedak reja.[mA.lAm ni A.dA m«.S.ÒAt d«.kAt Òu.mAh k«.nu.Òi pA.sAj nA/ bE.dA/ Ò«.dZA]Malam ini ada mesyuarat di rumah kenduri sebab hendak mengagih-agihkan kerja.

Kembali ke atas