Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)

437

Once burned, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy .

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berbohong.Dia gebang kat pompuan tu, dia anak orang kaya.[di.jA gE.bAN kAt pom.pu.wAn tu di.jA A.nA o.ÒAN kA.jA]Dia berbohong pada perempuan tu, dia anak orang kaya.
bedenia[b«.d«.ni.jA]kata kerjabercampur gaul dalam masyarakat; bedunia.Cukop eksyen orang kaya tu bukan nak bedenia dengan orang langsong.[tSu.kop ek.Sen o.ÒAN kA.jA tu bu.kAn nA b«.d«.ni.jA d«.NAn o.ÒAN lAN.soN]Tersangat sombong orang kaya itu langsung tidak hendak bercampur gaul dengan orang.

Kembali ke atas