Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(344)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. mendengar perbualan orang lainDepa dok melangut di situ masa orang dok besembang.[dE.pA do/ m«.lA.Nut di si.tu mA.sA .ÒAN do/ b«.sem.bAN]Mereka sedang mendengar perbualan orang lain di situ semasa orang sedang berbual.
dahok[dA.ho]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain dan telah melebihi sifat tamak.Dia tu dahok betoi, semua reta dia nak kebaih.[di.jA tu dA.ho b«.toj s«.mu.wA Ò«.tA di.jA nA k«.bAC]Dia itu sangat tamak, semua harta dia hendak ambil.
lorat[lo.ÒAt]kata kerjamengacau , mengganggu atau mencampuri urusan orang lainDah dekat nak siap projek ni dia pon lorat nak ambek.[dAh d«.kAt nA/ si.jAp pro.dZe/ ni di.jA pon lo.ÒAt nA/ Am.bE/]Sudah hampir siap projek ini dia pun mengacau hendak ambil.
tegege-gege[t«.gE.gE.gE.gE]kata kerjamempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; acan-acan maen.Tok wan pukoi dia pasai tegege-gege cakap tok wan.[to/ wAn pu.koj di.jA pA.sAj t«.gE.gEgE.gE tSA.kAp to/ wAn]Datuk memukulnya sebab mempermainkan cakap datuk.
ciwi[tSi.wi]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menunjuk-nunjuk sesuatu atau seseorang kepada orang lain dengan rasa bangga dan megah.Baru beli reta ciwi rata-rata.[bA.Òu b«.li ÒE.tA tSi.wi ÒA.tA.ÒA.tA]Baru beli kereta menunjuk-nunjuk ke merata-rata.
rempang I[Ò«m.pAN]kata kerjamelakukan sesuatu tanpa berfikir dan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lainJangan rempang kalu bawak moto dalam kampong.[dZA.NAn Ò«m.pAN kA.lu bA.wA/ m.t dA.lAm kAm.poN]Jangan membahayakan diri kalau menunggang motorsikal dalam kampung.
rempang II[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bercakap lepas atau bercakap banyak dan tidak menghormati orang lain atau majlisDia ni jeneh rempang, dalam mesyorat ada D.O pon dia tak heran.[di.jA ni dZ«.nEh Ò«m.pAN dA.lAm m«.S.ÒAt A.dA di.o pon di.jA tA hE.ÒAn]Dia ini suka cakap lepas, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Daerah pun dia tidak hairan.
acan-acan maen[A.tSAn.A.tSAn mAen] 1. mempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; tegege-gege.Orang dok bagi nasihat dia buat acan-acan maen pulak.[.ÒAN do/ bA.gi nA.si.hAt di.jA bu.wAt A.tSAn.A.tSAn mAen pu.lA/]Saya memberinya nasihat, dia mempermain-mainkan pula.
jahama[dZA.hA.mA]kata namamuqadam; juih hama.Orang laen dah naek koran, hang dok baca jahama lagi[.ÒAN lAen dAh nAe/ kr.An hAN do/ bA.tSA dZA.hA.mA lA.gi]Orang lain sudah baca Quran, awak masih baca muqaddam.
laeh[lA.eh]kata adjektif1. letih, lemah atau tidak bermaya.Awat hang nampak laeh sangat, orang laen pon posa jugak.[A.wAt hAN nAm.pA/ lAeh sA.NAt .ÒAN lAen pon p.sA dZu.gA/]Mengapa awak nampak sangat letih, orang lain pun puasa juga.
12

Kembali ke atas