la la tu | [lA lA tu] | | pada masa dan ketika itu juga. | Tadi aku marah kat dia pasai tak habeh buat reja rumah, aku suroh dia buat la-la tu. | [tA.di A.ku mA.ÒAh kAt di.jA pA.sAj tA/ hA.beh bu.wAt Ò«.dZA Òu.mAh A.ku su.Òoh di.jA bu.wAt lA lA tu] | Tadi saya memarahinya kerana tidak menghabiskan kerja rumah, saya memintanya menyiapkan pada masa itu juga. |
hap-hap | [hA)p.hA)p] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang sesak nafas (nazak, semput, penat, lelah dan lain-lain) | Orang kalu silap makan la-la tu dia buleh hap-hap. | [o.ÒAN kA.lu si.lAp mA.kAn lA.lA tu di.jA bu.leh hA)p.hA)p] | Orang kalau tersilap makan pada masa itu juga boleh sesak nafas. |
jejai | [dZ«.dZAj] | kata kerja | menyuruh seseorang makan pada masa dan ketika itu juga. | Jejai cepat, baih dah nak mai. | [dZ«.dZAj tS«.pAt bAC dA/ nA/ mAj] | Makan cepat, bas sudah hendak datang. |