idap | [i.dAp] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan seseorang yang melakukan sesuatu secara berulang kali. | Mentang-mentang baju tu mahai, hang idap pakai hat tu saja. | [m«n.tAN.m«n.tAN bA.dZu tu mA.hAj hAN i.dAp pA.kAj hAt tu sA.dZA] | Mentang-mentang baju itu mahal, awak pakai yang itu sahaja. |
gedohoq | [g«.do.h)Ö] | kata nama | 1. dapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah, sabak. | Dulu bila nak raya baru tok pakai gedohoq bila kacau dodoi. | [du.lu bi.lA nA ÒA.jA bA.Òu to pA.kAj g«.do.h)Ö bi.lA kA.tSAw do.doj] | Dahulu apabila hampir hari raya baru nenek pakai sabak untuk mengacau dodol. |
gelambiaq | [g«.lAm.bi.jA)Ö] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan pakaian yang besar dan terbuai-buai | Mak beli baju tu tak kena, nampak gelambiaq bila adek pakai. | [mA b«.li bA.dZu tu tA k«.nA nAm.pA g«.lAm.bi.jA)Ö bi.lA A.de pA.kAj] | Mak beli baju itu tidak kena, nampak besar bila adik pakai. |
dogeang | [d.gE.jAN] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan seseorang yang tidak lengkap perhiasannya | Pasai tak pakai barang, pi kenduri orang kata dia dogeang. | [pA.sAj tA pA.kAj bA.ÒAN pi ÒE.nu.Òi o.ÒAN kA.tA di.jA d.gE.jAN] | Sebab tidak memakai barang kemas semasa kenduri orang kata dia dogeang. |
serelom | [s«.Ò«.lom] | kata kerja | 1. menyarung sesuatu daripada atas kepala (seperti baju, kain, songkok dan sebagainya) | Orang pakai baju melayu kena serelom pasai dia tak dak butang. | [o.ÒAN pA.kAj bA.dZu m«.lA.ju k«.nA s«.Ò«.lom pA.sAj di.jA tA dA bu.tAN] | Orang memakai baju Melayu perlu menyarungnya daripada atas kepala sebab tidak berbutang. |
merelit | [m«.Ò«.lit] | kata adjektif | 1. berkilat dan berkilau (berkenaan logam seperti emas, aluminium tembaga) | Merelit betoi reta hang, hang pakai apa? | [m«.Ò«.lit b«.toj ÒE.tA hAN hAN pA.kAj A.pA] | Sungguh berkilat dan berkilau kereta awak, awak guna apa? |
beberan-beran | [b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan seseorang yang memakai barang kemas atau aksesori yang berlebih-lebihan. | Kalu dah kaya pon tak payah pakai barang sampai beberan-beran. | [kA.lu dAh kA.jA pon tA/ pA.jAh pA.kAj bA.ÒAN sAm.pAj b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn] | Kalau kaya sekalipun tidak perlu mengenakan barang kemas berlebih-lebihan. |