Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)

9

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menaiki pada bahagian belakang seseorangKalu masok lawan panjat tiang lincen, hampa kena pandai-pandai kerabat kawan.[kA.lu mA.so/ lA.wAn pAn.dZAt ti.jAN lin.tSen hAm.pA k«.nA pAn.dAj.pAn.dAj k«.ÒA.bAt kA.wAn]Kalau masuk perlawanan panjat tiang licin, kamu semua perlu pandai menaiki bahagian belakang kawan.
   2. mengelecek bola.Isa Bakaq pandai gelinte bola.[i.sA bA.kA)Ö pAn.dAj g«.lin.tE b.lA]Isa Bakar pandai mengelecek bola.
   2. menyangah perbualanCakap pandai sangat, kena payong teruih sengap.[tSA.kAp pAn.dAj sA.NAt k«.nA pA.joN t«.ÒuC s«.NAp]Bercakap pandai, kena sergah terus diam.
makaq[mA.kA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang pandai berjenakaPie tu makaq betoi, tengok muka dia pon dah nak tegelak.[pie tu mA.kA)Ö b«.toj tE.N/ mu.kA di.jA pon dAh nA/ t«.g«.lA/]Pie pandai berjenaka, lihat mukanya pun sudah hendak ketawa.
hemoi[hE.moj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang boleh bermuka-muka untuk mencapai sesuatu tujuanHang pandai hemoi, elok hang masok politik.[hAN pAn.dAj hE.moj E.lo/ hAN mA.so/ p.li.ti/]Awak pandai bermuka-muka, baik awak masuk politik.
   2. mengelakkan diri daripada tanggung jawab.Masa nak buat reja hang pandai kelepiaq, taim soru muka hang dulu.[mA.sA nA/ bu.wAt Ò«.dZA hAN pAn.dAj k«.l«.pi.jA)Ö kAt tA.im s.ru mu.kA hAN du.lu]Semasa hendak membuat kerja awak pandai mengelakkan diri, masa makan awak yang sampai dahulu.
timang[ti.mAN]kata kerjamengangkat bola secara berulang-ulang dengan menggunakan kakiKalu nak maen sepak raga hang kena pandai timang.[kA.lu nA/ mAen sE.pA/ ÒA.gA hAN k«.nA pAn.dAj ti.mAN]Kalau hendak bermain sepak raga awak perlu pandai timang.
menyagau[m«.øA.gAw]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tangan di telaga, parit atau sungaiDia memang pandai menyagau, orang menjala pon tak dapat ikan banyak tu.[di.jA mE.mAN pAn.dAj m«.øA.gAw .ÒAN m«n.dZA.lA pon tA/ dA.pAt i.kAn bA.øA/ tu]Dia memang pandai menggagau, orang menjala pun tidak mendapat ikan sebanyak itu.
   2. menyedut sesuatuKalu nak makan siput belitong kena pandai serot.[kA.lu nA/ mA.kAn si.put b«.li.toN k«.nA pAn.dAj s«.ҍ)t]Kalau makan siput belitung perlulah tahu menyedut.

Kembali ke atas