Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pan] | ڤاڤن

Definisi : 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk men­canai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya ber­lubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mem­punyai set kekunci yg digunakan utk mema­sukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang me­lukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apa­bila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg meng­hadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pe­kerjaan (perkara) sekali gus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pan] | ڤاڤن

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cabang lima, Vitis lanceolaria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pan] | ڤاڤن

Definisi : 1 kayu yg tipis dan berkeping-keping. 2 penjodoh bilangan utk benda yg berkeping-keping (petai dll). ~ batu papan drpd sj batu utk tempat menulis; batu tulis. ~ catur papan dll yg berbentuk empat persegi serta berpetak-petak tempat bermain catur. ~ hitam papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur. ~ induk ist papan litar dlm mikrokomputer yg mengandungi mikropemproses, kad grafik, kad bunyi dan litar lain yg berkaitan. ~ jongkang-jongket papan panjang permainan kanak-kanak yg dpt digerakkan turun naik (bahagian hujungnya diduduki). ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. ~ kenyataan papan tempat meletakkan sebarang pengumuman dll. ~ klip ist kawasan dlm ingatan komputer yg menyimpan data atau teks yg dipotong sehingga data atau teks tsb ditampalkan pd fail lain. ~ litar ist papan penebat nipis yg digunakan utk memegang dan menyokong litar elektronik. ~ pemuka bahagian hadapan di dlm kereta, lori dsb tempat terdapatnya pelbagai meter, alat kawalan, suis dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,

Puisi
 

Pulak-pulak si papan-papan,
     Buah lemak digaul udang;
Tuan bertolak kami berpesan,
     Jangan lama di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bangsa bermuka papan.

Bermaksud :

Tidak bermalu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cungget[tSuN.get]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang terangkat pada salah satu bahagian, seperti pakaian, papan dan lain-lain.Paku papan lantai tu kuat-kuat pasai tak mau bagi dia cungget.[pA.ku pA.pAn lAn.tAj tu ku.wAt.ku.wAt pA.sAj tA mAw bA.gi di.jA tSuN.get]Paku papan lantai itu kuat-kuat supaya lantai tidak terangkat.
   4. memadam, mencuci atau menanggalkan kekotoran pada sesuatu dengan menggunakan sesuatuHang tulong gabuih papan tuleh dengan kaen.[hAN tu.loN gA.buC pA.pAn tu.leh d«.NAn kAen]Awak tolong padam papan tulis dengan kain.
yong yat I[joN jAt] papan jongkang jongkitAnak aku kalu pi padang pemenan suka naek yong yat.[A.nA/ A.ku kA.lu pi pA.dAN p«.mE.nAn su.kA nAe/ joN jAt]Anak saya kalau pergi ke padang permainan suka naik papan jongkang-jongkit.
bentiang[bEn.ti.jAN]kata namapapan tanda.Rumah tok bomo tu betoi-betoi depan bentiang nak masok jalan raya.[Òu.mAh to bo.mo tu b«.toj.b«.toj d«.pAn b«n.ti.jAN nA mA.so dZA.lAn ÒA.jA]Rumah tok bomoh tu betul-betul depan papan tanda hendak masuk ke jalan raya.
seregai[s«.Ò«.gAj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang tidak licin berkenaan makanan, papan, tapak tangan dan sebagainyaBaru cangkoi sat saja tau-tau tangan seregai.[bA.Òu tSAN.koj sAt sA.dZA tAw.tAw tA.NAn s«.Ò«.gAj]Baru sekejap mencangkul tangan sudah seregai.

Kembali ke atas