Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)

390

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Antan patah lesung hilang.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cengkoi[tS«N.koj]kata adjektifbengkok atau kesan patah pada tangan kerana kecacatan semulajadi atau kemalanganDah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ.[dAh ti.gA «m.pAt kA.li u.Òot tA.NAn di.jA do tS«N.koj si.tu]Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.

Kembali ke atas