Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak ber­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
piau[pi.jAw]kata adjektif1. pekat berkenaan kuah, minuman dan sebagainyaKuah laksa tu piau sangat, boh ayaq sikit.[ku.wAh lA.sA tu pi.jAw sA.NAt boh A.jA)Ö si.kit]Kuah laksa itu sangat pekat, tambah air sedikit.
   2. pekat berkenaan bahasa, sebutan dan sebagainyaDah dok Ko Lompo dah sepuloh taon lorat Pineng dia dok piau situ lah.[dAh do k lom.po dAh s«.pu.loh tAon l.ÒAt pi.neN di.jA do pi.jAw si.tu lAh]Tinggal di Kuala Lumpur sudah sepuluh tahun loghat Pulau Pinangnya masih pekat lagi.
beseliaq[b«.sE.li.jA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan cecair pekat yang meleleh daripada bekasnya; beseleliaq.Habeh beseliaq botoi toyu lepaih depa makan nasik.[hA.beh b«.sE.li.jA)Ö bo.toj to.ju l«.pAC dE.pA mA.kAn nA.si/]Habis beseliaq kicap pada botol selepas mereka makan nasi.
beseleliaq[b«.s«.lE.li.jA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan cecair pekat yang meleleh daripada bekasnya; beseliaq.Jangan bagi adek buat ayaq seniri, sat ni beseleliaq habeh tin susu.[dZA.NAn bA.gi A.de/ bu.wAt A.jA)Ö s«.ni.Òi sAt ni b«.s«.lE.li.jA)Ö hA.beh tin su.su]Jangan biar adik buat air seorang diri, nanti susu meleleh di sekeliling tin susu.

Kembali ke atas