Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kentoi[kEn.tj]kata adjektifberkenaan dengan ekor kucing dan anjing yang pendek dan berlingkar.Kalu kucin aku beranak asyek dapat yang kentoi.[kA.lu ku.tSin A.ku b«.ÒA.nA/ A.Se/ dA.pAt jAN kEn.tj]Kalau kucing saya beranak asyik dapat yang ekor pendek.
petot[pE.tt]kata adjektifkecil dan pendek berkenaan seseorang atau sesuatuPisang maih hat pangkai besaq tapi hat di belah ujong petot.[pi.sAN mAC hAt pAN.kAj b«.sA)Ö tA.pi hAt b«.lAh u.dZoN pE.tt]Pisang emas di pangkal besar tapi yang di belah hujung kecil dan pendek.
gebok[gE.b/]kata adjektifberkenaan dengan badan seseorang yang besar dan pendek.Dalam ramai adek beradek depa dia sorang gebok, yang laen besaq agam.[dA.lAm Ò­A.mAj A.de/.ÒA.de/ dE.pA di.jA s.ÒAN gE.b/ jAN lAen b«.sA)Ö A.gAm]Dalam ramai-ramai adik beradik mereka dia seorang yang besar dan pendek, yang lain besar ragam.

Kembali ke atas