Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menerpa pergiBila dapat tau adek dia beretoh reta, dandan tu dia langgah.[bi.lA dA.pAt tAw A.de/ di.jA b«.Ò«.toh ÒE.tA dAn.dAn tu di.jA lAN.gAh]Bila mendapat tahu adiknya berlanggar kereta serta-merta dia menerpa pergi.
melilau[m«.li.lAw]kata kerjapergi ke merata-taraKemaren puaih aku melilau cari rumah hang tapi tak jumpa-jumpa.[k«.mA.Òen pu.AC A.ku m«.li.lAw tSA.Òi Òu.mAh hAN tA.pi tA/ dZum.pA.dZum.pA]Kemarin puas saya pergi ke merata-tara kerana mencari rumah awak tapi tidak berjumpa.
kot[kot]kata tugasagaknya.Co hang pi tanya, kot dia tak mau pi.[tSo hAN pi tA.øA kot di.jA tA/ mAw pi]Cuba awak pergi tanya, agaknya dia tidak mahu pergi.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
   2. ganti nama diri kedua tunggal; awak, hang, kauPi salen baju dulu kalu cek nak ikot pi makan kenuri.[pi sA.len bA.dZu du.lu kA.lu tSE nA i.kot pi mA.kAn k«.nu.Òi]Pergi salin baju dulu kalau cek hendak ikut pergi makan kenduri.
dadah[dA.dAh]kata tugasdahulu.Masa hang nak pi hang makan dadah.[mA.sA hAN nA/ pi hAN mA.kAn dA.dAh]Masa awak hendak pergi awak makan dahulu.
pekena[p«.k«.nA]kata kerja1. makanSebelom pi jom kita pekena dulu.[s«.b«.lom pi dZom ki.tA p«.k«.nA du.lu]Sebelum pergi mari kita makan dulu.
   3. panggilan mesra oleh orang tua kepada kanak-kanakCek pi beli curut kat kedai sat.[tSE pi b«.li tSu.Òut kAt k«.dAj sAt]Cek pergi beli curut di kedai sebentar.
   2. berbohong.Sepa gelembong kat adek kata pi tengok wayang.[sE.pA g«.lem.boN kAt A.de/ kA.tA pi tE.No/ wA.jAN]Kami berbohong pada adik pergi menonton wayang.
   2. sentiasaAda apa yang hang dok pi rumah dia tu?[A.dA A.pA jAN hAN do/ pi Òu.mAh di.jA tu]Ada apa yang awak sentiasa pergi ke rumahnya itu?
123456

Kembali ke atas