Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mut-mut[mut.mut]kata kerjabuka tutup mulut ikan di permukaan air lazimnya sepatKalu tak boh oksigen dalam balang hang nampak ikan mut-mut.[kA.lu tA/ boh ok.si.gen dA.lAm bA.lAN hAN nAm.pA/ i.kAn mut.mut]Kalau tidak dipasangkan oksigen dalam balang awak boleh nampak ikan mut-mut.
pekop[p«.kop]kata kerja1. melengkungkan tapak tangan di atas sesuatu permukaan yang rataKami semua pakat pekop telinga bila nak cucoh meriam buloh.[kA.mi s«.mu.wA pA.kAt p«.kop t«.li.NA bi.lA nA tSu.tSoh m«.Òi.jAm bu.loh]Kami semua pekop telinga bila hendak menyalakan meriam buluh.
menangkap[m«.nAN.kAp]kata kerjamengambil udara dengan cara menimbulkan kepala di permukaan air berkenaan ikanLaen kali kalu nak taok jala, tengok dulu ada ikan menangkap ka dak.[lAen kA.li kA.lu nA/ tAo/ dZA.lA tE.N/ du.lu A.dA i.kAn m«.nAN.kAp kA dA/]Lain kali kalau hendak taok jala, lihat dahulu sama ada ikan menangkap atau tidak.
bekeretang[b«.k«.Ò«.tAN]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang kering pada sesuatu permukaan seperti anggota badan manusia, haiwan, pakaian, dan dinding.Pipi budak tu bekeretang dengan hinguih.[pi.pi bu.dA tu b«.k«.Ò«.tAN d«.NAn hi.NuC]Pipi budak itu bekeretang dengan hingus.

Kembali ke atas