Definisi : Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (menanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (pétak) Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (pétak); burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /pétak/ 1 bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat: Di ruang perahu itu ada enam ~. 2 bilik kecil: Rumahnya disekat-sekat menjadi tiga ~. 3 bahagian sawah yg bersempadankan batas; piring. berpetak mempunyai sempadan yg bersekat-sekat; berkotak. Tikar yg dibentangkan itu hanya mempunyai corak persegi atau ~ biasa saja. berpetak-petak 1 mempunyai petak yg banyak: Matanya merenung jauh-jauh bagaikan menembusi dinding kamar yg ~ itu. 2 beberapa banyak petak: ~ tanaman padi yg musnah akibat banjir itu. 3 dlm bentuk petak-petak: Tiap-tiap jenis tanaman itu ditanamnya ~ dlm satu kawasan. memetak membentuk petak: Tumpahan air itu ~ mengikut bekas tsb. memetak-metak membahagi menjadi petak yg banyak. memetakkan membuat petak utk menandai sempadan sesuatu: Dia ~ kawasan yg dikatakan miliknya itu. pemetakan perbuatan memetak atau memetakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)