Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Bagai pintu tak berpasak,
     perahu tak berkemudi.

Bermaksud :

Sesuatu yang membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rongkah[ҍN.kAh]kata kerjamerosakkan sesuatu yang keras kerana sebab-sebab tertentu (berkenaan pintu, alat permainan, peralatan elektrik)Depa rongkah pintu pasai tetingai kunci.[dE.pA ҍN.kAh pin.tu pA.sAj t«.tiN.gAj kun.tSi]Mereka merosakkan pintu sebab tertinggal kunci.
kawaq[kA.wA)Ö]kata namapencuri.Kunci pintu dengan tingkap, mana tau sat ni kawaq masok.[kun.tSi pin.tu d«.NAn tiN.kAp mA.nA tAw sAt ni kA.wA)Ö mA.so/]Kunci pintu dan tingkap, mana tahu nanti pencuri masuk.
tembap[t«m.bAp]kata kerjamerapatkan dua benda hingga bersentuhanReta tembap dengan pintu pagaq.[ÒE.tA t«m.bAp d«.NAn pin.tu pA.gA)Ö]Kereta rapat dengan pintu pagar.
pokah[po.kAh]kata kerjamengopak sesuatu secara paksa dengan menggunakan sesuatu (seperti besi, tukul dan sebagainya ) toiKena pokah pintu pasai kami tetinggai kunci.[k«.nA po.kAh pin.tu pA.sAj kA.mi t«.tiN.gAj kun.tSi]Perlu dikopak pintu sebab kami tertinggal kunci.
tecongok[t«.tS.No/]kata kerjamuncul dengan tiba-tibaBaru sat-sat sebut nama dia, dah tecongok depan pintu.[bA.Òu sAt.sAt s«.but nA.mA di.jA dAh t«.tSo.No/ d«.pAn pin.tu]Baru sebentar tadi menyebut namanya, tiba-tiba muncul di depan pintu.
tebungkin[t«.buN.kin]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidur baring dan mengganggu laluan; tebuntangPunyala leteh dia tebungkin depan pintu.[pu.øA.lA l«.teh di.jA t«.buN.kin d«.pAn pin.tu]Kerana terlalu letih dia tidur terbaring dan mengganggu laluan di depan pintu.
coeh[tSoeh]kata kerjamuncul dengan tiba-tibaKami nak pi rumah dia petang kemaren, tup-tup dia coeh depan pintu.[kA.mi nAk pi Òu.mAh di.jA p«.tAN k«.mA.Òen tup.tup di.jA tSoeh d«.pAn pin.tu]Kami hendak pergi rumah dia petang kelmarin, tiba-tiba dia muncul depan pintu.
tala[tA.lA]kata namaibu kunciLagu mana kawaq buleh masok pada hai tala pintu dia sikit punya besaq.[lA.gu mA.nA kA.wA)Ö bu.leh mA.so pA.dA hAj tA.lA pin.tu di.jA si.kit pu.øA b«.sA)Ö]Bagaimana pencuri boleh masuk sedangkan mangga pintunya terlalu besar.
gerodek[g«.Òo.dE/]kata kerjamenggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodekTulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau.[tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.n­A.tAN A.pA tA/ tAw]Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat.

Kembali ke atas