Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pungkoq[puN.ko)Ö]kata nama1. bahagian belakang badan antara pinggang dengan pangkal pahaCekgu besaq pukoi dia kat pungkoq dengan rotan sepuloh kali.[tSE.gu b«.sA)Ö pu.koj di.jA kAt puN.ko)Ö d«.NAn Òo.tAn s«.pu.loh kA.li]Guru besar memukulnya di punggung dengan rotan sepuluh kali.
   2. bahagian belakang sesuatu seperti kereta, kuali dan lain-lainAwat pungkoq reta hang kemek?[A.wAt puN.ko)Ö ÒE.tA hAN k«.me]Apa sebab belakang kereta awak kemek?
   3. mencuriHantu mana yang gabuih kasut jepun aku.[hAn.tu mA.nA jAN gA.buC kA.sut dZ«.pun A.ku]Siapa yang curi selipar jepun saya.
majai[mA.dZAj]kata adjektiftidak berseleraMasa demam makan pon majai.[mA.sA d«.mAm mA.kAn pon mA.dZAj]Masa demam makan pun tidak berselera.
cek[tSE]kata nama1. ganti nama diri pertama tunggal; saya, akuKalu buleh cek pon nak pi jugak.[kA.lu bu.leh tSE pon nA pi dZu.gA]Kalau boleh saya pun hendak pergi juga.
tua merega[tu.wA m«.Ò«.gA] tua berkenaan orang, selalunya dikaitkan dengan perkara negative.Dah tua merega pon tak posa.[dAh tu.wA m«.Ò«.gA pon tA p.sA]Sudah tua merega pun tidak berpuasa.
ut[u)t]kata adjektifkolotUt sunggoh dia ni sampai piza pon tak kenai.[u)t suN.goh di.jA ni sAm.pAj pi.zA pon tA/ k«.nAj]Sungguh kolot dia sehingga piza pun tidak tahu.
tak menyekoh[tA/ m«.ø«.koh] tidak berkebolehan untuk melakukan sesuatuNak kupaih nyoq sebijik pon tak menyekoh.[nA/ ku.pAC øo)Ö s«.bi.dZi/ pon tA/ m«.ø«.koh]Hendak kupas sebiji kelapa pun tidak menyekoh..
kemut[k«.mut]kata adjektifkedekut atau bakhil.Rumah nala punya besaq, nak makan pon kemut.[Òu.mAh nA.lA pu.øA b«.sA)Ö nA/ mA.kAn pon k«.mut]Rumah tersangat besar, nak makan pun kedekut.
   2. berkenaan dengan seseorang yang dianggap tidak berkemampuan atau berkebolehan.Mengaji pon tak habeh lagi dah galak nak menikah.[m«.NA.dZi pon tA/ hA.beh lA.gi dAh gAlA/ nA/ m«.ni.kAh]Belajar belum pun habis lagi sudah galak hendak berkahwin.
12345678

Kembali ke atas