Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~ tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong; ~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~ cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendek-pendek); ~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk memasang meriam, murang; berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : ; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~ damar sj ikan laut, Sillago sihama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puting (kata nama)
Bersinonim dengan puting susu, mata susu, hujung susu, pentil, bentil susu, ambing.,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. memegang sesuatu seperti bucu bantal, puting, cuping telinga dan sebagainya dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.Kalu nak tidoq anak aku suka gelinte telinga.[kA.lu nA ti.do)Ö A.nA A.ku su.kA g«.lin.tE t«.li.NA]Kalau hendak tidur, anak saya suka gelinte telinga.

Kembali ke atas