Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ronyeh II[ҍ.øEh]kata adjektifberkenaan dengan rambut yang tidak terurus.Rambut kami ronyeh pasai kami mai dengan moto.[ÒAm.but kA.mi ҍ.øEh pA.sAj kA.mi mAj d«.NAn m.t]Rambut kami tidak terurus sebab kami datang dengan motosikal.
keresoi[k«.Ò«.soj]kata adjektifberkenaan dengan rambut yang kusut dan tidak terurus; seregum, serongeh.Rambot hang keresoi lagu mangket tidok.[ÒAm.bot hAN k«.Ò«.soj lA.gu mAN.ket ti.do)Ö]Rambut awak tidak terurus seperti bangun tidur.
seregum[s«.Ò«.gum]kata adjektifberkenaan dengan rambut yang kusut-masai dan tidak terurus; kerosoi, serongeh.Rambot jadi seregum lepaih mangket tidoq.[ÒAm.bot dZA.di s«.Ò«.gum l«.pAC mAN.ket ti.do)Ö]Rambut menjadi kusut-masai selepas bangun tidur.
serongeh[s«.Òo.NEh]kata adjektifberkenaan dengan rambut yang kusut-masai dan tidak teratur; keresoi, seregum.Rambot aku dok serongeh masa dia sampai pasai aku tak mandi lagi.[ÒAm.bot A.ku do s«.Òo.NEh mA.sA di.jA sAm.pAj pA.sAj A.ku tA mAn.di lA.gi]Rambut saya kusut-masai masa dia sampai sebab saya belum mandi lagi.
kecar[k«.tSA)Ö]kata kerja1. memicit-micit kepala dengan menarik rambut untuk melegakan sakit kepala.Mai kecaq kepala mak sat, pasai mak saket kepala.[mAj k«.tSA)Ö k«.pA.lA mA/ sAt pA.sAj mA/ sA.ket k«.pA.lA]Mari picit kepala mak sabentar, sebab mak sakit kepala.
cit sanggoi[tSit sAN.goj] pencucuk sanggul yang lurus dan salah satu hujungnya tajamTok tak buleh buat sanggoi rambut pasai cit sanggoi dia hilang.[to/ tA/ bu.leh bu.wAt sAN.goj ÒAm.but pA.sAj tSit sAN.goj di.jA hi.lAN]Nenek tidak boleh buat sanggul sebab pencucuk sanggulnya hilang.
ponen[po.nEn]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; jebong, daraiTukang set rambot tu bukan pompuan tapi ponen.[tu.kAN set ÒAm.bot tu bu.kAn pom.pu.wAn tA.pi po.nEn]Pendandan rambut itu bukan perempuan tetapi lelaki.

Kembali ke atas