Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasa-rasa

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengkam[m«N.kAm]kata adjektifsakit perutPasai apa aku rasa mengkam, salah makan kot.[pA.sAj A.pA A.ku ÒA.sA m«N.kAm sA.lAh mA.kAn kot]Sebab apa saya rasa senak perut, salah makan agaknya.
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. rasa seperti hendak muntahGulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai.[gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj]Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah.
kudong kepala[ku.doN k«.pA.lA] berasa teramat malu kerana sesuatu sebab.Aku rasa kudong kepala bila anak seniri kena cekop, pada hai aku ni tok imam.[A.ku ÒA.sA ku.doN k«.pA.lA bi.lA A.nA/ s«.ni.Òi k«.nA tS«.kop pA.dA hAj A.ku ni to/ i.mAm]Saya rasa teramat malu bila anak saya ditangkap berkhalwat pada halnya saya ini imam.
   2. rasa sakit atau sengal pada badan atau kepalaMerenyut kepala aku lepaih bejemoq kat padang.[m«.Ò«.øut k«.pA.lA A.ku l«.pAC b«.j«.m)Ö kAt pA.dAN]Sakit kepala saya selepas berjemur di padang.
   2. rasa meluat atau benciNaek melugai aku bila tengok perangai budak-budak muda tu.[nAe/ m«.lu.gAj A.ku bi.lA tE.N/ p«.ÒA.NAj bu.dA/.bu.dA/ mu.dA tu]Naik meluat saya apabila melihat perangai budak- budak muda itu.
kembang[k«m.bAN]kata adjektifrasa jijik kerana melihat sesuatu seperti lantai atau tanah yang lembab, berair, berdaki, berlumut dan lain-lain.Kembang nak makan di kedai tu bila tengok dapoq dia.[k«m.bAN nA/ mA.kAn di k«.dAj tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA]Jijik nak makan di kedai itu apabila melihat dapurnya.
becinta[b«.tSin.tA]kata adjektifrasa berat hati untuk melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan.Aku becinta sunggoh nak pi rumah mak mentua aku, pasai jaoh sangat.[A.ku b«.tSin.tA suN.goh nA pi Òu.mAh mA m«n.tu.wA A.ku pA.sAj dZAoh sA.NAt]Saya merasa berat hati hendak pergi rumah ibu mentua saya sebab jauh sangat.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menyimpan perasaan marah atau memendam rasaDia dok merekam tak habeh-habeh kat Pak Pen pasai dapat gaji melintang.[di.jA do/ m«.Ò«.kAm tA/ hA.bEh.hA.bEh kAt pA/ pen pA.sAj dA.pAt gA.dZi m«.lin.tAN]Dia marah tidak sudah-sudah pada Pak Arifin sebab mendapat pergerakkan gaji melintang.
ciwi[tSi.wi]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menunjuk-nunjuk sesuatu atau seseorang kepada orang lain dengan rasa bangga dan megah.Baru beli reta ciwi rata-rata.[bA.Òu b«.li ÒE.tA tSi.wi ÒA.tA.ÒA.tA]Baru beli kereta menunjuk-nunjuk ke merata-rata.
nyong[øN]kata kerjaberedar tanpa menoleh ke kiri atau kanan disebabkan oleh sesuatu (seperti merajuk, marah dan lain-lain)Dia rasa malu kot, tu yang dia nyong balek tak tegoq sapa.[di.jA ÒA.sA mA.lu kot tu jAN di.jA øN bA.le tA t«.go)Ö sA.pA]Agaknya dia berasa malu, sebab itu dia nyong balik tidak bertegur sapa.
12

Kembali ke atas