Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, be­rasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riang (adjektif)
Bersinonim dengan ria, girang, gembira, ceria, meriah, seronok, suka, sukacita, senang hati;,
Kata Terbitan : beriang, beriang-riang, beriang hati, meriangkan, keriangan,

Puisi
 

Riang-riang di Gunung Ledang,
     Hendaklah makan si umbut padi;
Sialah-sia mata memandang,
     Belum dapat main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
riang[Òi.AN]kata namatenaga, kuasaAku dah penat, aku dah tak dak riang lagi dah.[A.ku dAh p«.nAt A.ku dAh tA dA Òi.AN]Saya sudah penat, saya sudah tidak ada tenaga lagi.

Kembali ke atas