Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tengah dua[t«.NAh du.wA] sukatan atau ukuran yang nilai sebenarnya satu dan satu setengah cth, tengah dua ringgit sama dengan seringgit lima puluh senKalu buat pulot kacau, secupak pulot dengan tengah dua kati gula elok la.[kA.lu bu.wAt pu.lot kA.tSAw s«.tSu.pA/ pu.lot d«.NAn t«.Nah du.wA kA.ti gu.lA E.l/ lA]Kalau membuat wajik, secupak pulut dan satu kati setengah gula cukuplah.
tahaq[tA.hA)Ö]kata kerjamendenda atau menghukumSatu kelaih kena tahaq pasai hingaq[sA.tu k«.lAC k«.nA tAhA)Ö pA.sAj hi.NA)Ö]Satu bilik darjah didenda sebab bising.
   2. berkenaan dengan lauk yang hampir habis; gayat, sayop.Baru pukoi satu, laok dah sereyat kat kantin.[bA.Òu pu.koj sA.tu lAo/ dAh s«.Ò«.jAt kAt kAn.tin]Baru pukul satu, lauk di kantin sudah hampir habis.
lau[lAw]kata namareban ayam atau itik.Hawaq baru ni mampuih habeh ayam satu lau.[hA.wA)Ö bA.Òu ni mAm.puC hA.beh A.jAm sA.tu lAw]Penyakit hawar baharu ini habis mati ayam satu reban.
gayat[gA.jAt]kata adjektifberkenaan dengan lauk yang hampir habis; sayop, sereyat.Baru pukoi satu tengah hari, laok kenuri dah gayat.[bA.Òu pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi lAo k«.nu.Òi dAh gA.jAt]Baru pukul satu tengah hari, lauk kenduri dah hampir habis.
sayop[sA.jop]kata adjektifberkenaan dengan lauk yang hampir habis gayat, sereyat.Baru pukoi satu setengah tengah hari, laok kenuri dah sayop, orang makin dok mai lagi.[bA.Òu pu.koj sA.tu s«.t«.NAh t«.NAh hA.Òi lAo/ k«.nu.Òi dAh sA.jop o.ÒAN mA.kin do mAj lA.gi]Baru pukul satu setengah tengah hari, lauk kenduri sudah hampir habis, orang masih datang lagi.
kucin tidoq[ku.tSin ti.d)Ö] seulas durian dalam satu pangsa.Kalu dapat derian kucin tidoq depa pakat berebut.[kA.lu dA.pAt d«.Òi.jAn ku.tSin ti.d)Ö dE.pA pA.kAt b«.Ò«.but]Kalau dapat durian kucing tidur mereka akan berebut.
cit sanggoi[tSit sAN.goj] pencucuk sanggul yang lurus dan salah satu hujungnya tajamTok tak buleh buat sanggoi rambut pasai cit sanggoi dia hilang.[to/ tA/ bu.leh bu.wAt sAN.goj ÒAm.but pA.sAj tSit sAN.goj di.jA hi.lAN]Nenek tidak boleh buat sanggul sebab pencucuk sanggulnya hilang.
cungget[tSuN.get]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang terangkat pada salah satu bahagian, seperti pakaian, papan dan lain-lain.Paku papan lantai tu kuat-kuat pasai tak mau bagi dia cungget.[pA.ku pA.pAn lAn.tAj tu ku.wAt.ku.wAt pA.sAj tA mAw bA.gi di.jA tSuN.get]Paku papan lantai itu kuat-kuat supaya lantai tidak terangkat.
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjabergerak seperti berjalan, berlari, menunggang dalam satu kumpulan secara bersama.Jalan sempet pon depa beremba naek baskat.[dZA.lAn s«m.pet pon dE.pA b«.Ò«m.bA nAe/ bAs.kAt]Jalan sempit pun mereka beremba menunggang basikal.
12

Kembali ke atas