Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pote[po.tE]kata adjektifberkenaan dengan mata yang rosak sebelah.Kucin tu tak tau tangkap tikoih pasai dia pote.[ku.tSin tu tA tAw tAN.kAp ti.koC pA.sAj di.jA po.tE]Kucing itu tidak tahu menangkap tikus sebab matanya rosak sebelah.
she[sEh]kata kerjamenghembus hingus secara menutup sebelah hidung dengan jari atau memicit lubang hidung dengan jari; nyehOrang dok tengah makan hang pi la seh jaoh sikit.[o.ÒAN do t«.NAh mA.kAn hAN pi lA sEh dZAoh si.kit]Orang sedang makan awak pergilah seh jauh sikit.
nyeh[øEh]kata kerjamenghembus hingus secara menutup sebelah hidung dengan jari atau memicit bahagian tepi lubang hidung dengan jari; sehJangan dok nyeh hingguih rata-rata.[dZA.NAn do øEh hiN.guC ÒA.tA.ÒA.tA]Jangan nyeh hingus di merata-rata tempat.
petek[p«.te]kata kerja1. menuju guli dengan cara jari sebelah tangan memegang guli dan satu jari tangan yang lain lagi menolak guliTala betoi-betoi guli dia baru hang petek kuat-kuat.[tA.lA b«.toj.b«.toj gu.li di.jA bA.Òu hAN p«.te ku.wAt.ku.wAt]Tala betul-betul gulinya baru awak tuju kuat-kuat.

Kembali ke atas