Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
muleh[mu.leh]kata kerja1. mendapat habuan atau hukumanKalu hang usek adek hang sekali lagi, hang muleh la.[kA.lu hAN u.se/ A.de/ hAN s«.kA.li lA.gi hAN mu.leh lA]Kalau awak usik adik awak sekali lagi awak akan mendapat hukuman.
sedaih[s«.dAC]kata kerjamelakukan atau menerima sesuatu (seperti pukul, hisap, minum) sekali sahajaDia pi berubat kat bomo tu sedaih saja, teruih baek.[di.jA pi b«.Òu.bAt kAt b.mo tu s«.dAC sA.dZA t«.ÒuC bAe/]Dia pergi berubat kepada bomoh itu sekali sahaja terus sembuh.
langgah[lAN.gAh]kata kerja1. minum banyak-banyak sekali gus dengan keadaan kepala mendongakMasa bukak posa jangan langgah ayaq banyak sangat, sat ni tak lalu makan nasik.[mA.sA bu.kA/ p.sA dZA.NAn lAN.gAh A.jA)Ö bA.øA/ sA.NAt sAt ni tA/ lA.lu mA.kAn nA.si/]Masa berbuka puasa jangan minum banyak-banyak nanti tidak lalu makan nasi.
demah[d«.mAh]kata kerjamenumbuk atau memukul seseorang di bahagian muka.Kena demah sebijik baru dia serek, tak berani nak cakap lagi.[k«.nA d«.mAh s«.bi.dZi bA.Òu di.jA s«.Òe tA b«.ÒA.ni nA tSA.kAp lA.gi]Kena tumbuk sekali baru dia serik, tidak berani hendak bersuara lagi.

Kembali ke atas