Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya ber­serak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu se­benarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-serik = ~-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sérak/; berserak bertabur ke merata-rata tempat; bercerai-ce­rai tidak menentu; bersepah-sepah: Buku-­buku bacaannya ~ di atas lantai. menye­rakkan menjadikan ber­serak; menaburkan ke merata-rata; menyebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : parau atau garau (bkn suara) kerana terlalu banyak berkata-kata dll: ~-~ basah agak serak (bkn suara) tetapi sedap didengar. keserakan keadaan serak: ~ suaranya memikat para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : serak2, berserak, berselerak, menyerak,

Puisi
 

Serak dagang bertali-tali,
     Putik nangka bertupa-tupa;
Abang balik sekali lagi,
     Bawa balik bunga cempaka.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. berkenaan dengan air di sawah sekadar buku lali.Masa ayaq cap-cap ni orang serak beneh padi .[mA.sA A.jA)Ö tSAp.tSAp ni .ÒAN sE.ÒA/ b«.nEh pA.di]Semasa air setakat buku lali orang serak benih padi.
raket[ÒA.ket]kata namaalat daripada pelepah rumbia untuk mengangkut ikatan semaian dari tapak semaian ke petak sawah. Ikatan anak semian akan diletakkan di atas pelepah dan ditarik.La ni tak pakai raket lagi pasai orang tanam padi pakai serak.[lA ni tA/ pA.kAj ÒA.ket lA.gi pA.sAj .ÒAN tA.nAm pA.di pA.kAj sE.ÒA/]Sekarang tidak guna raket kerana orang menanam padi secara menabur.

Kembali ke atas