Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba] | سربا

Definisi : 1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba] | سربا

Definisi : 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
deraih[d«.ÒAC]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang seolah-olah serba tahu atau serba boleh.Abu cakap saja deraih, bila nak buat reja batang idong pon tak nampak.[A.bu tSA.kAp sA.dZA d«.ÒAC bi.lA nA/ bu.wAt ÒE.dZA bA.tAN i.doN pon tA/ nAm.pA/]Abu cakap saja seolah-olah serba tahu, bila hendak buat kerja, rupanya pun tidak kelihatan.
serba mak nenek[s«.Ò«.bA mA/ ne.ne/] serba-serbiDi Lorong Kulet ada juai sereba mak nenek.[di lo.ÒoN ku.let A.dA dZu.wAj s«.Ò«.bA mA/ ne.ne/]Di Lorong Kulit ada jualan berbagai-bagai jenis barang.

Kembali ke atas