[sét] | سيت
Definisi : (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sét] | سيت
Definisi : (sét); mengeset menggubah, membentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sét] | سيت
Definisi : /sét/ 1 kumpulan barang (pinggan mangkuk dll) yg merupakan satu kesatuan; peranggu. 2 pusingan dlm permainan tenis dll: Dlm ~ pertama, saya berjaya mengalahkannya. 3 sekumpulan nombor, kuantiti, nama benda dll yg sekurang-kurangnya mempunyai satu ciri yg sama. mengeset 1 memasang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalankan): ~ mesin pelarik. 2 mengatur (huruf dlm mesin cetak dll). mengesetkan menjadikan dlm bentuk set. pengeset orang atau alat yg mengeset. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)