Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tu] | سيتو

Definisi : (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : (Sunda) ark danau, tasik, telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : kata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. mendengar perbualan orang lainDepa dok melangut di situ masa orang dok besembang.[dE.pA do/ m«.lA.Nut di si.tu mA.sA .ÒAN do/ b«.sem.bAN]Mereka sedang mendengar perbualan orang lain di situ semasa orang sedang berbual.
merenyut[m«.Ò«.øut]kata adjektif1. berkenaan dengan serangga atau ulat yang bergerak-gerak dalam jumlah yang banyak.Dah dua hari bangkai kucin kat situ, merenyut ulat.[dAh du.wA hA.Òi bAN.kAj ku.tSin kAt si.tu dAh m«.Ò«.øut u.lAt]Sudah dua hari bangkai kucing di situ, merenyut ulat.
renyeh[Ò«.øeh]kata kerjasenyum yang menampakkan gigi; kerenyeh.Hang kata la apa pon, dia dok renyeh situ lA.[hAN kA.tA lA A.pA pon di.jA do Ò«.øeh si.tu lA]Awak katalah apa pun, dia senyum sahaja.
   2. pekat berkenaan bahasa, sebutan dan sebagainyaDah dok Ko Lompo dah sepuloh taon lorat Pineng dia dok piau situ lah.[dAh do k lom.po dAh s«.pu.loh tAon l.ÒAt pi.neN di.jA do pi.jAw si.tu lAh]Tinggal di Kuala Lumpur sudah sepuluh tahun loghat Pulau Pinangnya masih pekat lagi.
kenja[k«n.dZA]kata kerjaberbaring telentang dan meronta-ronta.Anak dia memang lagu tu, kalu tak dengaq kata dia, dia dok kenja situ la[A.nA/ di.jA mE.mAN lA.gu tu kA.lu tA/ d«.NA)Ö kA.tA di.jA di.jA do/ k«n.dZA si.tu lA]Anaknya memang begitu, kalau tidak ikut kehendaknya, dia akan telentang di situlah.
cengkoi[tS«N.koj]kata adjektifbengkok atau kesan patah pada tangan kerana kecacatan semulajadi atau kemalanganDah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ.[dAh ti.gA «m.pAt kA.li u.Òot tA.NAn di.jA do tS«N.koj si.tu]Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.
beceragah[b«.tS«.ÒA.gAh]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang mencacak seperti paku, janggut, misai danBok baek bejalan tang tu, paku beceragah.[b/ bAe/ b«.dZ­A.lAn tAN tu pA.ku b«.tS«.ÒA.gAh]Berhati-hati apabila berjalan di situ, paku mencacak.

Kembali ke atas