Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1. bunyi manusia (bercakap dll): ~ itu nyatalah ~ perempuan; 2. bunyi binatang: ia sangat hairan mendengar ~ burung itu; 3. bunyi alat perkakas (radio dll); 4. apa yg dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan: ~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran; membuka ~ memberi pendapat; 5. bunyi yg dikeluarkan oleh manusia dlm sesuatu bahasa, bunyi bahasa; 6. sesuatu yg menjadi jurucakap atau lidah rasmi (utk melahirkan perasaan, pen­dapat, dll): akhbar itu mewakili ~ kerajaan; 7. pernyataan bersetuju atau tidak (dlm mesyuarat, perundingan, pemilihan, dll): cadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~; ~ bulat persetujuan drpd semua pihak; ~ hati perasaan hati (utk membezakan antara baik dgn buruk); ~ latar ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dsb oleh penutur yg tidak dapat dilihat; ~ pemutus kuasa utk membuat sesuatu keputusan (dlm pembicaraan dll); ~ ramai pendapat orang ramai; ~ sumbang pendapat yg bertentangan dgn pendapat umum; kalah ~ kalah undi; memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut mem­buang undi; mendapat ~ dipilih dlm peng­undian; bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja; menyuarakan 1. mengatakan, mengucap­kan: ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dlm perjumpaan­perjumpaan umum; 2. menyanyikan (lagu); penyuaraan perihal mengeluarkan suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ra] | سوارا

Definisi : 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan bercakap banyak dengan nada suara yang tinggi berkenaan perempuanSora mami tu merancang, sakit telinga aku.[s.ÒA mA.mi tu m«.ÒAn.tSAN sA.kit t«.li.NA A.ku]Suara mami itu tinggi, sakit telinga saya.
   2. menangis sehingga tidak mengeluarkan suaraBudak kecik tu selop lepaih jatoh ndoi.[bu.dA k«.tSi tu s«.lop l«.pAC dZA.toh ndoj]Budak kecil itu selop selepas terjatuh buai.
renggah[Ò«N.gAh]kata kerjaketawa atau menangis dengan mengeluarkan suara yang kuatDia punya renggah bila dengaq Pie dengan Maidin buat lawak.[di.jA pu.øA Ò«N.gAh bi.lA d«.NA)Ö pi.e d«.NAn mAj.din bu.wAt lA.wA]Dia ketawa tersangat kuat apabila mendengar Pie dan Maidin berlawak.
darai[dA.ÒAj]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; jebong, ponen.Mati-mati aku ingat pompuan, dengaq sora baru aku tau yang dia darai.[mA.ti.mA.ti A.ku in.gAt pm.pu.wAn d«.NA)Ö s.ÒA bA.Òu A.ku tAw jAN di.jA tu dA.ÒAj]Sungguh-sungguh saya ingat perempuan, dengar suara baru saya tahu yang dia itu darai.

Kembali ke atas