Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
riang[Òi.AN]kata namatenaga, kuasaAku dah penat, aku dah tak dak riang lagi dah.[A.ku dAh p«.nAt A.ku dAh tA dA Òi.AN]Saya sudah penat, saya sudah tidak ada tenaga lagi.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menyimpan perasaan marah atau memendam rasaDia dok merekam tak habeh-habeh kat Pak Pen pasai dapat gaji melintang.[di.jA do/ m«.Ò«.kAm tA/ hA.bEh.hA.bEh kAt pA/ pen pA.sAj dA.pAt gA.dZi m«.lin.tAN]Dia marah tidak sudah-sudah pada Pak Arifin sebab mendapat pergerakkan gaji melintang.
hau[hAw]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sudah habis.Tadi laok banyak lagi, mai tengah hari dah hau.[tA.di lAo bA.øA lA.gi mAj t«.NAh hA.Òi dAh hAw]Tadi lauk banyak lagi, waktu tengah hari sudah habis.
tebiang[t«.bi.jAN]kata kerjamelakukan sesuatu yang sudah diketahui risikonyaDah tau pokok tu ada sarang tebuan, buat apa yang hang dok tebiang panjat.[dAh tAw p.k/ tu A.dA sA.ÒAN t«.bu.wAn bu.wAt A.pA jAN hAN t«.bi.AN pAn.dZAt]Sudah tahu pokok itu ada sarang tebuan, buat apa awak panjat.
lepaih[l«.pAC]kata kerjasudah berkahwinLega sikit la ni pasai anak-anak semua dah lepaih, depa pon dok asin-asin.[l«.gA si.kit lA ni pA.sAj A.nA/.A.nA/ s«.mu.wA dAh l«.pAC dE.pA pon do/ Òu.mAh A.sin.A.sin]Lega sikit sekarang ini anak-anak sudah berkahwin, mereka pun tinggal berasingan.
rigeh[Òi.gEh]kata namatandan kelapa yang sudah tidak berbuahDulu-dulu orang guna rigeh hat muda buat gosok gigi.[du.lu.du.lu o.ÒAN gu.nA Òi.gEh hAt mu.dA bu.wAt go.so gi.gi]Dahulu orang gunakan tandan kelapa muda untuk menggosok gigi.
genjoq[g«n.dZ)Ö]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu (seperti getah, spring) yang memeriSpring ndoi dah genjoq.[spÒiN ndoj dAh g«n.dZ)Ö]Spring buai sudah memeri
   2. mabuk.Baru kena setengah kole tuak dah beng.[bA.Òu k«.nA s«.t«.NAh ko.lE tu.wA dAh b«N]Baru minum setengah kole tuak sudah mabuk.
belayaq[b«.lA.jA)Ö]kata kerjatidur.Baru pukoi lapan dak belayaq dah.[bA.Òu pu.koj lA.pAn dA/ b«.lA.jA)Ö dAh]Baru pukul lapan sudah tidur.
tan II[tAn]kata kerjamengharap untuk memiliki seseorang atau sesuatuCen dah lama tan anak dara mami.[tSen dAh lA.mA tAn A.nA/ dA.ÒA mA.mi]Husin sudah lama mengharap untuk memiliki anak dara mami.
1234567

Kembali ke atas