Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerodong I[tS«.ҍ.doN]kata namatahap umur remaja.Masa budak tengah dok cerodong ni la kita kena kawai.[mA.sA bu.dA t«.NAh do tS«.Òo.doN ni lA ki.tA k«.nA kA.wAj]Masa budak sedang remaja inilah kita harus mengawasinya.
koi[koj]kata tugasmakin.Koi korek, koi dalam, ayaq dok takat tu jugak.[koj k.ÒE/ koj dA.lAm A.jA)Ö do/ tA.kAt tu dZu.gA/]Makin korek, makin dalam, air masih pada tahap itu juga.

Kembali ke atas