Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangan-tangan

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cak prit[tSA/ pÒit] mengundi dengan cara meletakkan jari telunjuk semua peserta di atas telapak tangan seseorang. Telapak tangan akan digenggam selepas habis menyebut kata "cak prit". Orang yang jarinya terperangkap akan dikira sebagai mangsa untuk sesuatu permainan.Sapa nak maen aci lut mai cak prit dulu.[sA.pA nA/ mAen A.tSi tut mAj tSA? pÒit du.lu]Siapa hendak main sembunyi-sembunyi mari mengundi dulu.
seregai[s«.Ò«.gAj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang tidak licin berkenaan makanan, papan, tapak tangan dan sebagainyaBaru cangkoi sat saja tau-tau tangan seregai.[bA.Òu tSAN.koj sAt sA.dZA tAw.tAw tA.NAn s«.Ò«.gAj]Baru sekejap mencangkul tangan sudah seregai.
petek[p«.te]kata kerja1. menuju guli dengan cara jari sebelah tangan memegang guli dan satu jari tangan yang lain lagi menolak guliTala betoi-betoi guli dia baru hang petek kuat-kuat.[tA.lA b«.toj.b«.toj gu.li di.jA bA.Òu hAN p«.te ku.wAt.ku.wAt]Tala betul-betul gulinya baru awak tuju kuat-kuat.
cengkoi[tS«N.koj]kata adjektifbengkok atau kesan patah pada tangan kerana kecacatan semulajadi atau kemalanganDah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ.[dAh ti.gA «m.pAt kA.li u.Òot tA.NAn di.jA do tS«N.koj si.tu]Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.
tekedang[t«.k«.dAN]kata adjektifterlentang dengan tangan terdepaDia tidoq tekedang tengah-tengah rumah.[di.jA ti.d)Ö t«.k«.dAN t«.NAh.t«.NAh Òu.mAh]Dia tidur terlentang dengan tangan terdepa di tengah-tengah rumah.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
kerosek[k«.ҍ.sE/]kata kerjamencari sesuatu; rosek.Hang dok kerosek apa dalam beg tangan mak tu?[hAN do/ k«.ҍ.sE/ A.pA dA.lAm bEg tA.NAn mA/ tu]Awak sedang mencari apa dalam beg tangan mak itu?
gelinte[g«.lin.tE]kata kerja1. membulat-bulat sesuatu dengan menggunakan dua tapak tangan.Biskut arab kena gelinte, tak buleh terap.[bis.kut A.rAb k«.nA g«.lin.tE tA bu.leh t«.ÒAp]Biskut arab kena buat bulat-bulat dengan tangan, tidak boleh terap.
hele[hE.lE]kata kerjamembawa sesuatu yang berat dengan tangan; rembiang.Penat aku hele barang-barang ni, troli semua dah habeh.[p«.nAt A.ku hE.lE bA.ÒAN.bA.ÒAN ni tro.li s«.mu.wA dAh hA.beh]Penat saya bawa barang-barang ini dengan tangan, troli semua suah habis.
merembiang[m«.Òem.bi.jAN]kata kerjamembawa banyak barang dengan kedua-dua belah tanganMak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh.[mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh]Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh.
123

Kembali ke atas