hau | [hAw] | kata adjektif | berkenaan dengan sesuatu yang sudah habis. | Tadi laok banyak lagi, mai tengah hari dah hau. | [tA.di lAo bA.øA lA.gi mAj t«.NAh hA.Òi dAh hAw] | Tadi lauk banyak lagi, waktu tengah hari sudah habis. |
cekek | [tS«.ke] | kata kerja | makan, biasanya digunakan dalam pertuturan yang menggambarkan keakraban pengguna | Tengah hari sat gi jom kita pi cekek, kat kedai mamak | [t«.NAh hA.Òi sAt gi dZom ki.tA pi tS«.ke kAt k«.dAj mA.mA/] | Tengah hari nanti mari kita pergi makan di kedai mamak. |
gayat | [gA.jAt] | kata adjektif | berkenaan dengan lauk yang hampir habis; sayop, sereyat. | Baru pukoi satu tengah hari, laok kenuri dah gayat. | [bA.Òu pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi lAo k«.nu.Òi dAh gA.jAt] | Baru pukul satu tengah hari, lauk kenduri dah hampir habis. |
sayop | [sA.jop] | kata adjektif | berkenaan dengan lauk yang hampir habis gayat, sereyat. | Baru pukoi satu setengah tengah hari, laok kenuri dah sayop, orang makin dok mai lagi. | [bA.Òu pu.koj sA.tu s«.t«.NAh t«.NAh hA.Òi lAo/ k«.nu.Òi dAh sA.jop o.ÒAN mA.kin do mAj lA.gi] | Baru pukul satu setengah tengah hari, lauk kenduri sudah hampir habis, orang masih datang lagi. |
mentara | [m«n.tA.ÒA] | kata nama | orang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.) | Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa. | [hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA] | Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang. |