Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kot-kot[kot.kot]kata tugasbarangkali, agak-agak, kalau-kalauCo hang pi tengok dalam bilek kot-kot dia ada.[tSo hAN pi tE.No/ dA.lAm bi.le/ kot.kot di.jA A.dA]Cuba awak pergi tengok dalam bilik kalau-kalau dia ada.
kembang tekak[k«m.bAN t«.kA/] berasa tidak berselera apabila melihat makanan yang tidak disukai.Tok kembang tekak tengok hotdog.[to/ k«m.bAN t«.kA/ tE.No/ hot.dog]Nenek tidak berselera tengok hotdog.
   2. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun bededam.Aku tengok pinggan bededam, penyegan sunggoh budak-budak ni nak basoh.[A.ku tE.N piN.gAn b«.d«.dAm p«.ø«.gAn suN.goh bu.dA.bu.dA ni nA bA.soh]Saya tengok pinggan bededam, malas sungguh budak-budak ini hendak membasuhnya.
ginjat [[gin.dZAt]kata kerjaberdiri pada hujung kaki dengan mengangkat tumit tinggi-tinggi, jengket; jinjat.Hang ginjat tengok apa ada ataih lemari tu.[hAN gin.dZAt tE.N A.pA A.dA A.tAC l«.mA.Òi tu]Awak jengket tengok apa ada atas almari itu.
pedukang aruih[p«.du.kAN A.ÒuC] lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuanLeman tu pedukang aruih, pantang tengok pompuan.[l«.mAn tu p«.du.kAN A.ÒuC pAn.tAN tE.N pom.pu.wAn]Sulaiman suka berfoya-foya, pantang tengok perempuan.
menikoih[m«.ni.koC]kata adjektifberkenaan dengan anak kucing yang aktifAnak kucin ni menikoih sunggoh, pantang tengok benda menguet.[A.nA/ ku.tSin ni m«.ni.koC suN.goh pAn.tAN tE.N/ b«n.dA m«.Nu.wet]Anak kucing ini sangat aktif, pantang tengok benda menguit.
   2. berbohong.Sepa gelembong kat adek kata pi tengok wayang.[sE.pA g«.lem.boN kAt A.de/ kA.tA pi tE.No/ wA.jAN]Kami berbohong pada adik pergi menonton wayang.
   2. rasa meluat atau benciNaek melugai aku bila tengok perangai budak-budak muda tu.[nAe/ m«.lu.gAj A.ku bi.lA tE.N/ p«.ÒA.NAj bu.dA/.bu.dA/ mu.dA tu]Naik meluat saya apabila melihat perangai budak- budak muda itu.
hanyut[hA.øut]kata kerjatidurKami tengah syok tengok T.V. dia dah hanyut.[kA.mi t«.NAh S tE.N ti.vi di.jA dAh hA.øut]Kami sedang seronok menonton televisyen dia sudah tidur.
   2. menyapu atau mengesat sesuatu yang berairCo hang relaih meja tu, aku tengok belengaih.[tSo hAN Ò«.lAC mE.dZA tu A.ku tE.N b«.l«.NAC]Cuba awak sapu meja itu, saya nampak belengas.
123

Kembali ke atas