Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Sampai ke tepi terkena duri,
     Duri dibuang sakit pun hilang;
Kalau ayah tidak memberi,
     Adik hendak mengikut abang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kata adjektif[m«.Ò«.lit.m«.Ò«.lAp]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang bersinar-sinar, seperti lampu, baju dan lain-lain yang terkena cahaya.Penyanyi-penyanyi suka pakai baju merelit-merelap.[p«.øA.øi. p«.øA.øi su.kA pA.kAj bA.dZu m«.Ò«.lit.m«.Ò«.lAp]Penyanyi-penyanyi suka memakai baju yang bersinar-sinar.
lepot[lE.pt]kata adjektifberkenaan dengan gasing yang mati dalam gelanggang atau bulatanKena payong aku, lepot gasin depa.[k«.nA pA.joN A.ku lE.pt gA.sin dE.pA]Terkena pangkahan gasing saya, mati gasing mereka semua.
serendiang[s«.Òen.di.jAN]kata kerjabergesel seseorang atau sesuatu dengan seseorang atau sesuatu; senereh, serendeh, tembapHabeh baju dia kena cat masa dia serendiang kat dindin.[hA.beh bA.dZu di.jA k«.nA tSAt mA.sA di.jA s«.Òen.di.jAN kAt din.din]Habis baju barunya terkena cat sebab dia bergesel pada dinding yang baru dicat.
rogeh[ҍ.geh]kata kerjamenggoyang-goyangkan sesuatu (seperti paku, kayu dan lain-lain) dengan tujuan untuk melonggar atau mencabutnyaTok wan dok rogeh paku kat dindin takot kena cucu dia.[to wAn do ҍ.geh pA.ku kAt din.din tA.kot k«.nA tSu.tSu di.jA]Datuk menggoyang-goyangkan paku di dinding bimbang terkena cucunya.

Kembali ke atas