Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan makanan yang tidak lebih dan tidak kurang.Laok tu cap-cap untok sepuloh orang saja.[lAo/ tu tSAp.tSAp un.to/ s«.pu.loh .ÒAN sA.dZA]Lauk tu tidak lebih dan tidak kurang, hanya untuk sepuluh orang.
kelaku[k«.lA.ku]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menunjukkan perangai yang tidak manis atau tidak elok.Bila orang mai dia pon mola tunjok kelaku.[bi.lA .ÒAN mAj di.jA pon m.lA tun.dZo/ k«.lA.ku]Bila orang datang dia pun mula tunjuk perangai.
kembang tekak[k«m.bAN t«.kA/] berasa tidak berselera apabila melihat makanan yang tidak disukai.Tok kembang tekak tengok hotdog.[to/ k«m.bAN t«.kA/ tE.No/ hot.dog]Nenek tidak berselera tengok hotdog.
seriau[s«.Òi.jAw]kata adjektifberasa tidak enak bagi pendengaran disebabkan oleh sesuatu seperti besi dikikir membawa kepada tidak enak pada bahagian mulut; singkeAku seriau bila doktor cuci gigi aku.[A.ku s«.Òi.jAw bi.lA do.tor tSu.tSi gi.gi A.ku]Saya berasa tidak enak bila doktor mencuci gigi saya.
tak belagu[tA b«.lA.gu] tidak berguna langsungAnak dia sorang pon tak belagu, tak sorang pon nak bela dia masa dia saket.[A.nA di.jA so.ÒAN pon tA b«.lA.gu tA so.ÒAN pon nA b«.lA di.jA mA.sA di.jA sA.ket]Anaknya seorang pun tidak berguna, tidak seorang pun yang menjaganya semasa dia sakit.
caroi[tSA.Òoj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang tidak mendapat sambutan.Tak dak apa pon dalam pampe tu, pasai tu caroi.[tA dA A.pA pon dA.lAm pAm.pE tu pa.sAj tu tSA.Òoj]Tidak ada apa pun dalam ‘funfair’ tu, sebab tu tidak dapat sambutan.
keriteh[k«.Òi.teh]kata adjektifberkenaan dengan pusingan gasing yang tidak seimbang yang disebabkan oleh kedudukan paku yang tidak seimbang atau paku yang tumpul.Hang pebetoi dulu paku tu baru gasin tu tak keriteh.[hAN p«.b«.toj du.lu pA.ku tu bA.Òu gA.sin tu tA/ k«.Òi.teh]Awak perbaiki duhulu paku itu baru gasing itu pusing seimbang.
majai[mA.dZAj]kata adjektiftidak berseleraMasa demam makan pon majai.[mA.sA d«.mAm mA.kAn pon mA.dZAj]Masa demam makan pun tidak berselera.
tak menyekoh[tA/ m«.ø«.koh] tidak berkebolehan untuk melakukan sesuatuNak kupaih nyoq sebijik pon tak menyekoh.[nA/ ku.pAC øo)Ö s«.bi.dZi/ pon tA/ m«.ø«.koh]Hendak kupas sebiji kelapa pun tidak menyekoh..
   2. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun; beceratoq.Ayam hat tak masok lau beceretet ataih pokok.[A.jAm hAt tA/ mA.so/ lAw b«.tS«.ÒE.tEt A.tAC p.ko/]Ayam yang tidak masuk reban banyak di atas pokok.
12345678910...

Kembali ke atas