ban | [bAn] | kata kerja | tidur. | Aku nak balek ban. | [A.ku nA/ bA.le/ bAn] | Saya hendak balik tidur. |
belayaq | [b«.lA.jA)Ö] | kata kerja | tidur. | Baru pukoi lapan dak belayaq dah. | [bA.Òu pu.koj lA.pAn dA/ b«.lA.jA)Ö dAh] | Baru pukul lapan sudah tidur. |
hanyut | [hA.øut] | kata kerja | tidur | Kami tengah syok tengok T.V. dia dah hanyut. | [kA.mi t«.NAh S tE.N ti.vi di.jA dAh hA.øut] | Kami sedang seronok menonton televisyen dia sudah tidur. |
jerap | [dZ«.ÒAp] | kata kerja | nyenyak tidur. | Jerap betoi budak tu tidoq, hingaq pon dia tak sedaq. | [dZ«.ÒAp b«.toj bu.dA/ tu ti.do)Ö hi.NA)Ö pon di.jA tA/ s«.dA)Ö] | Nyenyak sungguh budak itu tidur, walaupun bising dia masih tidak sedar. |
tebungkin | [t«.buN.kin] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang tidur baring dan mengganggu laluan; tebuntang | Punyala leteh dia tebungkin depan pintu. | [pu.øA.lA l«.teh di.jA t«.buN.kin d«.pAn pin.tu] | Kerana terlalu letih dia tidur terbaring dan mengganggu laluan di depan pintu. |
menereloh | [m«.n«.Ò«.loh] | kata kerja | 1. tidur; mereloh | Pi menereloh cepat dah pukoi sebelaih dah, isok nak sekolah. | [pi m«.n«.Ò«.loh tS«.pAt dAh pu.koj s«.b«.lAC dAh i.so/ nA/ s«.ko.lAh] | Cepat pergi tidur sudah pukul sebelas, besok hendak sekolah. |
| | | 2. tidur melebihi had biasa atau pada waktu yang tidak sesuai; mereloh | Dah pukoi berapa ni hang dok menereloh lagi, jom pi pasa malam. | [dAh pu.koj b«.ÒA.pA ni hAN do/ m«.n«.Ò«.loh lA.gi dZom pi pA.sA mA.lAm] | Pukul berapa sekarang awak masih tidur lagi, mari pergi pasar malam. |
basai | [bA.sAj] | kata adjektif | berkenaan dengan wajah yang kelihatan pucat akibat sakit atau tidur yang berlebihan. | Lama sangat hang tidoq, pasai tu muka hang naek basai. | [lA.mA sA.NAt hAN ti.d)Ö pA.sAj tu mu.kA hAN nAe/ bA.sAj] | Lama sangat awak tidur, sebab itu muka awak kelihatan pucat. |
mamun | [mA.mun] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang belum sedar sepenuhnya daripada tidur; manyau | Masa dia habaq tadi aku ingat dia mamun lagi la. | [mA.sA di.jA hA.bA)Ö tA.di A.ku i.NAt di.jA mA.mun lA.gi lA] | Semasa dia beritahu tadi saya ingat dia masih belum sedar sepenuhnya daripada tidur. |
manyau | [mA.øA)w] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang belum sedar sepenuhnya drp tidur; mamun | Hang tok sah tanya tang mana dia buboh kunci, dia tu manyau lagi. | [hAN to/ sAh tA.øA tAN mA.nA di.jA bu.boh kun.tSi di.jA tu mA.øA)w lA.gi] | Awal jangan tanya di mana dia letak kunci, dia masih belum sedar sepenuhnya daripada tidur. |