Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus I

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pote[po.tE]kata adjektifberkenaan dengan mata yang rosak sebelah.Kucin tu tak tau tangkap tikoih pasai dia pote.[ku.tSin tu tA tAw tAN.kAp ti.koC pA.sAj di.jA po.tE]Kucing itu tidak tahu menangkap tikus sebab matanya rosak sebelah.
mengaum[m«.NA.um]kata adjektifbau yang amat busuk seperti najis, bangkai dan lain-lainMengaum sunggoh bilek ni, ada tikuih mampuih kot.[m«.NA.um suN.goh bi.le/ ni A.dA ti.kuC mAm.puC kot]Busuk sungguh bilik ini, ada tikus mati agaknya.

Kembali ke atas