Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Bermaksud :

Pergi merantau tanpa tujuan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
layok[lA.j/]kata kerjamemperlihatkan sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk; golek.Dia mai layok bini baru dia kat opeh.[di.jA mAj lA.j/ bi.ni bA.Òu di.jA kAt .peh]Dia datang menunjuk-nunjuk isteri barunya di pejabat.
golek[g.lE]kata kerjamemperlihat sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk; layok.Mentang-mentang hang baru beli moto, hang golek kat kami.[m«n.tAN.m«n.tAN hAN bA.Òu b«.li m.t hAN g.lE kAt kA.mi]Mentang-mentang awak baru beli motosikal, awak menunjuk-nunjuk pada kami.
bang[bAN]kata kerja1. mendengar perbualan dengan tujuan mengintip.Cakap bok baek sikit, depa dok bang kita besembang ni.[tSA.kAp b bAe si.kit dE.pA do bAN ki.tA b«.sEm.bAN ni]Cakap baik-baik sikit, mereka sedang mendengar kita berbual.
wang-wing[wAN-kata kerjaberjalan mundar-mandir tanpa tujuanHang kalu dok wang-wing kat Komtar dapat apa?[hAN kA.lu do wAN-.wiN kAt kom.tAr dA.pAt A.pA]Awak kalau asyik wang-wing di Komtar dapat apa?
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. memerhati dengan penuh minat dengan sesuatu tujuan dalam jangka masa yang agak lamaLagi anak dara tu tak habeh sidai kaen dia dok asek perembang.[lA.gi A.nA dA.ÒA tu tA hA.beh si.dAj kAen di.jA do A.se p«.Ò«m.bAN]Selagi anak dara itu belum selesai menyidai pakaian dia asyik perembang.
rogeh[ҍ.geh]kata kerjamenggoyang-goyangkan sesuatu (seperti paku, kayu dan lain-lain) dengan tujuan untuk melonggar atau mencabutnyaTok wan dok rogeh paku kat dindin takot kena cucu dia.[to wAn do ҍ.geh pA.ku kAt din.din tA.kot k«.nA tSu.tSu di.jA]Datuk menggoyang-goyangkan paku di dinding bimbang terkena cucunya.
hemoi[hE.moj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang boleh bermuka-muka untuk mencapai sesuatu tujuanHang pandai hemoi, elok hang masok politik.[hAN pAn.dAj hE.moj E.lo/ hAN mA.so/ p.li.ti/]Awak pandai bermuka-muka, baik awak masuk politik.
lebai seron[l«.bAj sE.Òon] gelaran yang diberikan kepada budak-budak yang ke masjid atau surau bukan untuk sembahyang tetapi untuk tujuan lain (contohnya main, makan, dan lain-lain)Tok siak suroh lebai seron idang kue lepaih baca Yasin.[to/ si.jA/ su.Òoh l«.bAj sE.Òon i.dAN kue l«.pAC bA.tSA jA.sin]Tok siak menyuruh budak-budak tidak sembahyang menghidangkan kuih selepas bacaan Yasin.

Kembali ke atas