Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kul] | توکول

Definisi : = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~ kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu); menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan logam menjadi panas apabila ditukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kul] | توکول

Definisi : , = penukul alat utk memantakkan paku dll; pemukul kecil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. menukul memalu atau memantakkan dgn tukul: Tukang itu sedang ~ paku ke papan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukul (kata nama)
Bersinonim dengan penukul, martil, pengetuk, alu, antan, pelantak, pelocok, ganden, penggodam, catuk, gandi;,
Kata Terbitan : menukul,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
marton[mAr.ton]kata namatukul; mertonPinjam marton sat aku nak paku dindin.[pin.dZAm mAr.ton sAt A.ku nA/ pA.ku din.din]Pinjam tukul sebentar saya hendak paku dinding.
merton[m«r.ton]kata namatukul besi; martonPakai merton kalu nak pecah aih ketoi.[pA.kAj m«r.ton kA.lu nA/ p«.tSAh AC k«.toj]Guna tukul kalau hendak memecahkan ketulan ais.
pokah[po.kAh]kata kerjamengopak sesuatu secara paksa dengan menggunakan sesuatu (seperti besi, tukul dan sebagainya ) toiKena pokah pintu pasai kami tetinggai kunci.[k«.nA po.kAh pin.tu pA.sAj kA.mi t«.tiN.gAj kun.tSi]Perlu dikopak pintu sebab kami tertinggal kunci.

Kembali ke atas