Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tut] | توت

Definisi : hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik): rambutan ~; mengetut mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain (utk mendapatkan baka yg lebih baik); pengetutan perihal (kerja) mengetut; pengetut orang yg menjalankan kerja me-ngetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tut] | توت

Definisi : kaedah pembiakan yg merangsang percambahan akar pd ranting yg dikelar dan dibebat dgn tanah: jambu ~; rambutan ~. ~ lentur cara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau ba­tang ke tanah dan bahagian yg dikelar di­tim­­bus. mengetut mengelar dan membebat ranting dgn tanah agar akar bercambah utk dijadikan benih. pengetutan per­buatan (hal, proses dsb) mengetut. pengetut orang yg mengetut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tut


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tut-tut[tut.tut]kata tugastiba-tibaMasa kami tengah makan tut-tut lampu padam.[mA.sA kA.mi t«.NAh mA.kAn tut.tut lAmpu pA.dAm]Semasa kami sedang makan tiba-tiba lampu padam.
bantut[bAn.tut]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada ikan haruan yang dibelah belakang dan disumbat dengan kelapa berserta cili, bawang, serai, kunyit dan sebagainya. Ikan ini kemudiannya dipanggang.   
cak prit[tSA/ pÒit] mengundi dengan cara meletakkan jari telunjuk semua peserta di atas telapak tangan seseorang. Telapak tangan akan digenggam selepas habis menyebut kata "cak prit". Orang yang jarinya terperangkap akan dikira sebagai mangsa untuk sesuatu permainan.Sapa nak maen aci lut mai cak prit dulu.[sA.pA nA/ mAen A.tSi tut mAj tSA? pÒit du.lu]Siapa hendak main sembunyi-sembunyi mari mengundi dulu.

Kembali ke atas