Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
neutralneutralSifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat RajahSekolah Rendah
benda bukan hidupnon-living thingBenda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel.Sekolah Rendah
bahan bukan magnetnon-magnetic materialObjek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat RajahSekolah Rendah
bahan bukan konduktornon-conductorBahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba.Sekolah Rendah
sulfursulphurUnsur bukan logam berwarna kuning muda yang banyak digunakan dalam bidang perindustrian dan perubatan.Menengah Rendah
oksigenoxygenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas dalam atmosfera kira-kira 21%, yang membantu pembakaran dan diperlukan dalam respirasi sel.Menengah Rendah
nitrogennitrogenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N.Menengah Rendah
karboncarbonUnsur bukan logam yang terdapat dalam semua sebatian organik. Karbon wujud dalam bentuk karbon dioksida dalam udara dan juga dalam bahan api fosil.Menengah Rendah
batustoneBenda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi.Sekolah Rendah
fosforusphosphorusUnsur bukan logam dalam kumpulan 15 jadual berkala. Fosforus terdapat secara semula jadi dalam batuan fosfat dan apatit.Menengah Atas
123

Kembali ke atas