akomodasi | accommodation | Penyesuaian ketebalan kanta mata supaya mata dapat melihat objek pada jarak yang berbeza-beza dengan jelas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
konjunktivitis | conjunctivitis | Keradangan pada membran halus yang menutupi bola mata dan lapisan kelopak mata. | Menengah Atas |
iris | iris | Bahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |
anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bintik kuning | yellow spot | Titik pada retina mata yang berada setentang dengan anak mata dan mempunyai paling banyak sel rod dan sel kon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kompas | compass | Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur. | Menengah Rendah |
gelemaca | vitreous humour | Gel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka. | Menengah Rendah |
gelemair | aqueous humour | Cecair jernih yang memenuhi ruang hadapan bola mata di antara kanta dengan kornea. Cecair ini berfungsi untuk menetapkan bentuk bola mata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |