faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |
air | water | Cecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, mempunyai takat beku 0°C dan takat didih 100°C. | Sekolah Rendah |
gas | gas | Bahan yang mempunyai jisim, tidak mempunyai bentuk bekas, memenuhi ruang dan boleh dimampatkan. Contohnya, oksigen. | Sekolah Rendah |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Bahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mamalia | mammal | Haiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak. | Menengah Rendah |
kulat | fungi | Kumpulan organisma yang tidak mempunyai klorofil, bersifat heterotrof dan mempunyai kitin pada dinding selnya. Kulat membiak melalui spora dan merupakan pengurai yang penting dalam ekosistem, sementara sesetengah yang lainnya bersifat parasit. | Menengah Rendah |
mentadak | praying mantis | Sejenis serangga yang mempunyai kaki yang panjang dan mempunyai tiga bahagian badan, iaitu kepala, toraks dan abdomen. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jirim | matter | Bahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas. | Menengah Rendah |
makromolekul | macromolecule | Molekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |