nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
pemanasan global | global warming | Fenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan. | Menengah Rendah |