Glosari Sains Untuk Sekolah
bahan buangan industri | industrial waste | Bahan buangan yang biasanya beracun dan mencemarkan alam, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian. Contohnya, sebatian fluorida yang didapati daripada industri membuat aluminium. | Sekolah Rendah |
bahan buangan domestik | domestic waste | Bahan buangan dari rumah. Contohnya, botol dan surat khabar. | Sekolah Rendah |
bahan buangan | waste product | Bahan-bahan yang tidak dikehendaki dan tidak mahu disimpan. | Sekolah Rendah |
bahan api | fuel | Bahan yang boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga dan wujud sama ada dalam bentuk pepejal seperti arang batu, cecair seperti petroleum, atau gas seperti gas asli. | Sekolah Rendah |
bahan | material | Sesuatu yang digunakan untuk membuat objek. Contohnya, logam, kayu dan getah. | Sekolah Rendah |
ayunan | oscillation | Gerakan ke depan dan ke belakang dari satu titik asal. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
awan | cloud | Titisan air yang halus di udara dan terhasil daripada proses kondensasi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
atmosfera | atmosphere | Lapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asteroid | asteroid | Batuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asid | acid | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Kembali ke atas