fasa S | S phase | Fasa dalam kitar sel apabila pereplikaan DNA atau kromosom berlaku. | Menengah Atas |
unit S.I. | S.I. unit | Unit yang digunakan untuk sistem metrik pengukuran. Unit ini digunakan di seluruh dunia. | Menengah Rendah |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
ujian Millon | Millon’s test | Ujian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan. | Menengah Rendah |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |
kerak bumi | earth’s crust | Lapisan paling luar bumi yang keras yang terdiri daripada mineral. | Menengah Rendah |
hukum Ohm | Ohm’s law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan. | Menengah Rendah |
prinsip Bernoulli | Bernoulli’s principle | Prinsip yang menyatakan bahawa tekanan bendalir yang bergerak akan berkurang apabila kelajuan bendalir bertambah. | Menengah Atas |
penyakit Parkinson | Parkinson’s disease | Penyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi. | Menengah Atas |
bandul Barton | Barton’s pendulum | Satu set radas bandul yang terdiri daripada beberapa bandul ringkas yang berlainan panjang tetapi dua daripadanya sama panjang. Set bandul ini digunakan dalam uji kaji resonans fizik. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/GSImage/Bandul_Barton.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajaha> | Menengah Atas |