kanser | cancer | Sejenis penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan, yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal, tidak terkawal dan sering kali merebak dan merosakkan bahagian lain. | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
persenyawaan in vitro | in vitro fertilization | Persenyawaan yang berlaku di luar badan organisma, dalam keadaan terkawal di makmal. | Menengah Atas |
darah | blood | Bendalir yang terdiri daripada plasma dan sel-sel darah di dalam badan. | Menengah Rendah |
termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
demam campak | measles | Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Demam campak menyebabkan pesakit mengalami demam yang teruk, sakit tekak dan ruam merah di seluruh badan. | Sekolah Rendah |
skrotum | scrotum | Kantung yang terdapat di bahagian luar badan yang berfungsi untuk melindungi testis. | Menengah Rendah |
hati | liver | Organ yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma. | Menengah Atas |
berkubang | wallowing | Berendam di dalam lumpur, biasanya dilakukan oleh haiwan untuk menyejukkan badan atau mengelak daripada gigitan serangga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
toraks | thorax | Bahagian badan antara kepala dengan abdomen. Pada serangga, kepak dan kaki terdapat di bahagian ini. | Menengah Rendah |