formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
ion hidrida | hydride ion | Ion negatif hidrogen. Simbolnya, H-. | Menengah Atas |
proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
asid | acid | Bahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidrogen (H+). Ia bersifat mengkakis, mempunyai nilai pH kurang daripada 7 dan menukarkan kertas litmus lembap biru kepada merah. | Menengah Atas |
molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 . | Menengah Atas |
asid lemah | weak acid | Asid yang mengion separa di dalam air. Ia mempunyai kepekatan ion hidrogen (H+) yang rendah. | Menengah Atas |
haba peneutralan | heat of neutralization | Perubahan tenaga apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara satu mol ion hidrogen (H+), dengan satu mol ion hidroksida OH-. | Menengah Atas |
sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 . | Menengah Atas |