get logik | logic gate | Litar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN. | Menengah Atas |
hidrokarbon | hydrocarbon | Sebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena. | Menengah Atas |
ekosistem | ecosystem | Sistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik. | Menengah Atas |
propana | propane | Hidrokarbon alkana yang wujud dalam gas asli, tak berwarna pada suhu dan tekanan atmosfera. Formulanya, C3H8 . | Menengah Atas |
metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
sianida | cyanide | Garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida (CN-). | Menengah Atas |
sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |
daya tak seimbang | unbalanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem, dan menghasilkan satu daya paduan. Objek atau sistem tersebut memecut ke arah daya paduan yang terhasil. | Menengah Atas |
variasi tak selanjar | discontinuous variation | Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga. | Menengah Atas |
tak terlarut campur | immiscible | Keadaan dua cecair atau lebih yang tidak dapat bercampur untuk membentuk bahan homogen. Contohnya, air dan minyak. | Menengah Atas |