agen pendebungaan | pollinating agent | Faktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan. | Menengah Rendah |
agen penurunan | reducing agent | Bahan yang menurunkan bahan lain dan dioksida dalam tindak balas kimia. | Menengah Atas |
agen pemekat | thickening agent | Bahan yang menambah kelikatan sesuatu larutan atau campuran pepejal atau cecair tanpa mengubah sifat-sifatnya yang lain. | Menengah Atas |
agen kontang | anhydrous agent | Bahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang. | Menengah Atas |
mutagen | mutagen | Agen yang menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma. | Menengah Atas |
detergen | detergent | Agen pembersih yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air, meningkatkan pembasahan, pengemulsian, penyerakan dan boleh berfungsi dalam air liat. | Menengah Atas |
nektar | nectar | Cecair yang kaya dengan gula, dihasilkan oleh bunga dan berfungsi menarik perhatian agen pendebungaan. | Menengah Rendah |
sel kering | dry cell | Sel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |